Digitaliris melalui Fotomedia Malaysia mula memperkenalkan digital infrared photography kepada ahli-ahlinya pada tahun 2006. Antara aktiviti yang dijalankan adalah termasuk mengadakan workshop, seminar, memberikan khidmat memodifikasi & menjual kamera serta filter IR, dan juga menjadi jururunding & nasihat kepada para penggemar foto infrared.

DigitaliRis diwujudkan adalah bagi menampung minat rakyat malaysia dalam alternative photography yang semakin mendapat tempat di kalangan fotografer tempatan, apa yang dimaksudkan alternative photography tersebut? Sebenarnya ia adalah merupakan salah satu aliran atau style photography yang lebih menjurus rakaman cahaya yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia

Pada tahun 2010,kami telah mengambil keputusan untuk menubuhkan digitaliRis yang bertujuaan khas bagi menawarkan perkhidmatan mengubahsuai kamera digital SLR bagi tujuan photography infrared.Boleh di katakan kami adalah yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan mengubahsuai DSLR dengan pelbagai variasi atau versi infrared yang mana sebelum ini terdapat pihak yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai DSLR tetapi hanya tertumpu kepada beberapa versi sahaja iaitu ‘black & white’ dan ‘full infrared’, manakala versi-versi lain telah banyak berkembang sejak beberapa tahun sejak kebelakangan ini yang mempunyai lebih banyak variasi ‘false colour’ yang di hasilkan secara terus dari kamera tanya memerlukan proses editing.

Di harap dengan adanya kemudahan yang kami tawarkan ini akan menjadikan photography infrared di Malaysia semakin berkembang dan bertambah penggunaanya terutama di dalam bidang perkahwinan yang mana wedding photographer boleh menawarkan pelbagai bentuk variasi baru gambar kepada pelanggan.

Share on Facebook