Salah satu faktor penting dalam menghasilkan gambar IR adalah penggunaan WHITE BALANCE yang betul.White balance yang perlu di gunakan ketika mengambil gambar iR adalah PRESET (nikon) dan CUSTOM ( canon) . penggunaan WB auto dan yang lain-lain akan menghasilkan output gambar iR yang tidak sepatutnya.Tidak kira samaada anda menggunakan filter iR yang di pasang di lensa atau menggunakan kamera yang telah di ubahsuai, konsep white balancenya adalah sama sahaja.

  • Bagi pengguna nikon,untuk preset white balance,klik butang WB dan pilih wb preset (ditanda dengan perkataan PRE).tekan butang WB sehingga perkataan PRE berklip-klip di LCD menu anda.
  • Bagi pengguna canon, anda perlu merakam gambar subjek (wb) dan gunakan subjek terbabit sebagai custom WB.(sila rujuk manual kamera anda)

Jika menggunakan filter iR, dengan keadaan filter iR terpasang di depan lensa kita boleh membuat preset white balance. Jika menggunakan kamera yang telah di ubahsuai,hanya perlu memasang lensa dan mengikuti cara untuk membuat preset white balance seperti di atas.

Ada beberapa perkara secara asasnya dalam digital infrared yang boleh di gunakan yang mana setiap preset akan menghasilkan tone warna yang berbeza.antara subjek yang boleh di gunakan adalah :

- Kertas/Kain Putih
- Rumput Hijau
- Langit Biru

bagi rumput boleh ‘try and error’ preset pada rumput yang terdedah dengan cahaya mahatari dan rumput yang terlindung dengan cahaya matahari.keduanya akan hasilkan sedikit perbezaan tone warna dan anda juga bebas mencuba pada objek-objek lain untuk membuat preset bergantung kepada kreativiti anda sendiri!

Share on Facebook