Proses channel mixer adalah satu proses asas editing untuk gambar-gambar infrared bagi kita mengeluarkan lagi output warna yang ada di dalam gambar. Prosesnya adalah cukup mudah. Di bawah ini kami sediakan contoh proses channel mixer salah satu gambar dari versi Sniper.

(Gambar asal)

Channel mixer boleh di akses melalui menu photoshop Image – Adjustment – Channel Mixer.
Apa yang perlu dibuat di sini hanya proses ‘swap’ antara channel merah (red) dan biru (blue).

Step 1
Pada channel merah, diset 0 untuk ‘channel sources’ merah dan diset 100 untuk ‘channel sources’ biru

Step 2
Kemudian pilih channel biru, diset 0 untuk ‘channel sources’ biru dan diset 100 untuk ‘channel sources’ merah

Step 3
Klik OK

Hasilnya seperti di bawah ini;

Warna-warna boleh dikembangkan lagi melalui pelbagai proses editing seperti menggunakan ‘selective colour’, ‘hue/saturation’, ‘colour balance’ dan sebagainya mengikut citarasa anda :)

Share on Facebook