Apabila diubahsuai menjadi kamera IR, kini anda boleh melihat keajaiban warna luar biasa di dunia sekeliling anda. Ia juga akan memberi pelbagai pilihan di dalam menawarkan khidmat fotografi kepada para pelanggan anda di luar sana. Anda selangkah dihadapan berbanding pesaing-pesaing anda kerana memberikan banyak pilihan menerusi teknik fotografi yang terkini & menarik.
Anda juga berpeluang menerokai dunia baru di dalam bidang photography di mana cahaya-cahaya yang tidak kelihatan pada mata kasar akan dapat di rakam dan di abadikan di dalam sekeping gambar yang mana akan memberi kesan dan suasana berlainan daripada gambar normal.
Bagi mereka yang berminat dengan digital editing ini adalah salah satu peluang untuk anda mencuba dan menerokai apa yang di sifatkan sebagai ‘dunia maya’ photography.Dengan kepelbagaian versi-versi infrared yang di tawarkan anda bebas memilih versi mengikut minat dan selera anda dan setiap versi juga mempunyai karektor warna masing-masing yang masih boleh di ubahsuai melalui teknik photoshop mengikut kepakaran dan selera anda.
Share on Facebook