1.    Kamera apakah yang sesuai untuk diubahsuai kepada infrared atau versi –versi false color?

-Semua jenis Digital SLR kamera yang mempunyai preset atau custom white balance.

1.1. Adakah satu kamera dapat menggunakan satu versi atau pelbagai versi?

-Satu kamera (dslr/compact) hanya dapat menggunakan satu versi sahaja. Jadi buatlah pilihan versi terbaik mengikut selera anda!

2.    Jika saya sudah mempunyai kamera yang sudah diubahsuai ,masih bolehkan saya menukar kepada versi lain?

-Masih boleh, tetapi filter yang sudah diubahsuai akan ditukar dan tidak akan dikembalikan kepada anda, kecuali hot mirror(jika ada)

3.    Berapa lama masa yang di ambil oleh DigitaliRis untuk melakukan pengubahsuaian bagi sesebuah kamera digital?

-Kami mengambil masa 7-14 hari untuk proses ubahsuai bermulanya dari kami terima kamera digital anda.

3.1.    Berapa kos yang di kenakan?

-Kos adalah RM 800.00 untuk ke semua versi infrared & false color bagi DSLR kecuali untuk Full Frame.

4.    Boleh kah saya membeli filter infrared dari DigitaliRis?

-Ya, DigitaliRis menjual custom filter kami untuk DSLR dengan harga RM490.00 tidak termasuk kos penghantaran.

5.    Bolehkah DigitaliRis mengubahsuai kamera digital SLR untuk Astronomy Photography?

-Ya,Boleh.

6.    Bolehkah DigitaliRis menjadikan kamera digital yang telah diubahsuai kepada normal?

-Ya, kami boleh mengantikan hotmirror bagi mengembalikan  kepada kamera normal

7.    Apakah kelebihan mengubahsuai kamera?

-Kelebihan utama, anda tidak lagi perlu mengguna pakai tripod ,kerana jika mengunakan screw-in filter infrared di depan lensa, anda perlu membuat dedahan yang lama untuk merakam gambar infrared dan penggunaan tripod adalah di perlukan berbanding dengan kamera yang telah di ubahsuai,anda boleh menggunakan shutterspeed seperti kamera normal.

8.    Bagaimana bacaan metering  setelah kamera di ubahsuai kepada Infrared ?

-Anda boleh menggunakan bacaan metering pada digital kamera yang telah diubahsuai seperti biasa.

9.    Perlukah saya setting preset/custom white balance sendiri?

- Tidak perlu,pihak DigitaliRis akan melakukan setting white balance untuk anda,walaubagaimanapun anda boleh menukar preset/custom white balance sendiri jika mahu.

10.    Dimanakah saya boleh merujuk contoh gambar-gambar versi infrared/false color dari   DigitaliRis?

-Anda boleh layari website www.digitaliris.com.my/infraredversion

11.    Bolehkan saya mencuci filter Infrared dgn fuction ‘lock-up mirror’ seperti biasa?

-Ya,boleh

12.    Bolehkah saya menggunakan khidmat kaurier untuk menghantar kamera digital saya untuk diubahsuai?

-Boleh, tetapi pihak DigitaliRis tidak bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sebelum kamera digital anda sampai di pejabat urusan DigitaliRis

13.    Bolehkan point and shoot digital camera diubahsuai kepada versi Infrared?

-Boleh, ( Mulai Nov 2010, pihak digitaliRis hanya menjual kamera point and shot @ compact yang sudah siap di ubahsuai pada harga RM399 & RM 599 dan kami tidak lagi mengambil mana-mana kamera compact untuk di ubahsuai)

14. Jika saya mengubahsuai kamera yang baru (masih dalam warantty), adakah saya akan kehilangan warantty tersebut ?

- YA,kamera yang sudah di ubahsuai atau di buka akan kehilangan warantty dari pengilang.

15. Selepas saya mengubahsuai kamera saya kepada infrared adakah saya boleh mengambil gambar normal?

-Tidak, Selepas di ubahsuai kamera tersebut akan menjadi ‘dedicated camera’ untuk infrared sahaja

Share on Facebook