content top

Promosi Kamera Compact iR & False Color

 

Untuk tempahan & belian sila klik link ini ; http://www.digitaliris.com.my/pakej-kamera-compact-ir/

Share on Facebook Read More

Latest News

[1 Jan 2012]

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2012, harga untuk mengubahsuai kamera DSLR adalah sebanyak RM800.00 kecuali untuk full frame. Manakala harga untuk kamera compact adalah RM499.00.

[5 Nov 2011]

Kami ingin memaklumkan bahawa pakej kamera compact kami yang berharga RM599.00 sudah kehabisan stok. Pakej terbaru kami adalah bernilai RM449.00. Sila rujuk di ruangan ‘order now’ untuk maklumat lanjut mengenai pakej terbabit.

[7 Jun 2011]

Kami ingin memaklumkan bahawa pakej kamera compact kami yang berharga RM399.00 sudah kehabisan stok. Pakej terbaru kami adalah bernilai RM449.00. Sila rujuk di ruangan ‘order now’ untuk maklumat lanjut mengenai pakej terbabit.

[24 March 2011]

Pelancaran dua versi false color untuk kamera compact kami iaitu versi Athirah dan Supermoon,Sila lihat contoh-contoh gambar di ruangan yang di sediakan.

[4 Desember 2010]
Kini terdapat 8 versi pilihan bagi kamera compact iR digitaliRis yang di buat melalui dua pakej kamera berharga RM399.00 dan RM599.00. Maklumat lanjut mengenai pakej dan cara pembelian sila klik di sini.

[1 September 2010]

digitaliRis kini dengan rasminya melancarkan produk baru kami iaitu kamera kompek (point & shot) yang telah di ubahsuai untuk kegunaan infrared & false color photography yang di jual pada harga RM 599.00 sahaja.Buat masa ini terdapat 3 versi telah di lancarkan, sila rujuk di menu ‘Compact Versions’ kami diatas.Untuk penghantaran ke seluruh Malaysia kos kiriman adalah PERCUMA.Pesanan anda akan di proses dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) dan anda akan mendapat satu set kamera baru yang telah siap di ubahsuai.Sebarang tempahan atau belian boleh di emailkan kepada sales@digitaliris.com.my

[25 April 2010]

Dengan ini di umumkan pelancaran rasmi bagi produk terbaru kami iaitu digitaliRis ( digital infraRed imaging solutions) yang mana kami menyediakan perkhidmatan mengubahsuai kamera dslr anda untuk kegunaan digital infrared photography.Buat masa ini 5 versi di perkenalkan terlebih dahulu dan versi-versi lain akan menyusul nanti.Setakat ini digitaliRis telah mengubahsuai model-model kamera berikut – Nikon D50 , D70, D70s, D80, D60, D3000, d5000, D90 & Canon 1000D, 350D, 400D, 500D & 450D.Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh layari fanpage digitaliRis dan juga group digitaliRis di facebook :

Fanpages : http://www.facebook.com/digitaliris.malaysia

Group : http://www.facebook.com/groups/digitaliris/

Salam Infrared & False Color,
Team digitaliRis

Share on Facebook Read More

Tentang digitaliRis

Tentang digitaliRis

Digitaliris melalui Fotomedia Malaysia mula memperkenalkan digital infrared photography kepada ahli-ahlinya pada tahun 2006. Antara aktiviti yang dijalankan adalah termasuk mengadakan workshop, seminar, memberikan khidmat memodifikasi & menjual kamera serta filter IR, dan juga menjadi jururunding & nasihat kepada para penggemar foto infrared.

DigitaliRis diwujudkan adalah bagi menampung minat rakyat malaysia dalam alternative photography yang semakin mendapat tempat di kalangan fotografer tempatan, apa yang dimaksudkan alternative photography tersebut? Sebenarnya ia adalah merupakan salah satu aliran atau style photography yang lebih menjurus rakaman cahaya yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia

Pada tahun 2010,kami telah mengambil keputusan untuk menubuhkan digitaliRis yang bertujuaan khas bagi menawarkan perkhidmatan mengubahsuai kamera digital SLR bagi tujuan photography infrared.Boleh di katakan kami adalah yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan mengubahsuai DSLR dengan pelbagai variasi atau versi infrared yang mana sebelum ini terdapat pihak yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai DSLR tetapi hanya tertumpu kepada beberapa versi sahaja iaitu ‘black & white’ dan ‘full infrared’, manakala versi-versi lain telah banyak berkembang sejak beberapa tahun sejak kebelakangan ini yang mempunyai lebih banyak variasi ‘false colour’ yang di hasilkan secara terus dari kamera tanya memerlukan proses editing.

Di harap dengan adanya kemudahan yang kami tawarkan ini akan menjadikan photography infrared di Malaysia semakin berkembang dan bertambah penggunaanya terutama di dalam bidang perkahwinan yang mana wedding photographer boleh menawarkan pelbagai bentuk variasi baru gambar kepada pelanggan.

Share on Facebook Read More

Tentang Infrared

Tentang Infrared

Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau dengan menggunakan filter IR yang di pasang di depan lensa kamera. Kamera & filter IR tersebut dapat merakamkan radiasi cahaya IR (invisible light) yang dihasilkan pada gelombang tertentu yang dibaca dalam skala nanometre (nm).

Apa itu cahaya?
Cahaya ada adalah merupakan bentuk tenaga biasanya dirujuk sebagai sebahagian spectrum elektromagnetik yang dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia. Cahaya yang tidak dijangkau oleh deria manusia di kenali sebagai spectrum ultraviolet dan radiasi Infrared

Semua tenaga ini yang dihasilkan oleh matahari dapat dibezakan oleh Wavelength , cahaya yang dapat dikesan oleh deria manusia(visible light)  bermula dari 380nm-730nm,
Manakala cahaya yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan manusia dikenali sebagai Radiasi Infared(730nm – 1000000nm)
Radiasi Infared ini dibahagikan kepada dua jenis yang berlainan iaitu Near Infrared(730nm – 2000nm) yang mana deria penglihatan manusia tidak dapat mengesan cahaya ini tetapi boleh dikesan oleh CCD atau CMOS kamera, manakala Far Infrared(1200nm – 1000000nm) dalam bentuk haba yang tidak dapat dikesan oleh deria penglihatan atau sensor kamera.

Apakah Digital Infrared Photography?
Rakaman foto infrared (IR) merupakan satu kaedah merakamkan foto dengan cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita dengan menggunakan kamera yang telah diubahsuai atau menggunakan filter IR, cahaya yang terakam pada sensor atau filem adalah sebenarnya pantulan sumber cahaya(matahari) terhadap objek tertentu,maka terhasilah imej infrared.Ianya akan menghasilkan kesan warna yang menarik & menjaukaui pandangan mata normal manusia pada gambar yang dirakam.

Share on Facebook Read More

Mengapa diubahsuai?

Mengapa diubahsuai?

Apabila diubahsuai menjadi kamera IR, kini anda boleh melihat keajaiban warna luar biasa di dunia sekeliling anda. Ia juga akan memberi pelbagai pilihan di dalam menawarkan khidmat fotografi kepada para pelanggan anda di luar sana. Anda selangkah dihadapan berbanding pesaing-pesaing anda kerana memberikan banyak pilihan menerusi teknik fotografi yang terkini & menarik.

Anda juga berpeluang menerokai dunia baru di dalam bidang photography di mana cahaya-cahaya yang tidak kelihatan pada mata kasar akan dapat di rakam dan di abadikan di dalam sekeping gambar yang mana akan memberi kesan dan suasana berlainan daripada gambar normal.

Bagi mereka yang berminat dengan digital editing ini adalah salah satu peluang untuk anda mencuba dan menerokai apa yang di sifatkan sebagai ‘dunia maya’ photography.Dengan kepelbagaian versi-versi infrared yang di tawarkan anda bebas memilih versi mengikut minat dan selera anda dan setiap versi juga mempunyai karektor warna masing-masing yang masih boleh di ubahsuai melalui teknik photoshop mengikut kepakaran dan selera anda.

Share on Facebook Read More
content top